Sifat jujur dapat difahami juga sebagai sifat ikhlas,
suci hati dan tulus ikhlas dalam perbuatan dan percakapan. Selain itu, jujur
juga adalah sifat lurus dan keikhlasan hati dalam semua percakapan, perbuatan
dan aktiviti yang dilakukan. Pendek kata, sifat jujur datangnya daripada hati.
Sukar sekali untuk mencari orang yang bersifat jujur pada masa kini. Walaupun
ada, tetapi pengaruh wang dan kebendaan menjadikan manusia sudah mulai
melupakan kejujuran. Jujur mempunyai pengertian yang besar dalam Islam. Ia adalah
sebahagian daripada iman. Sebab itu, seorang yang tidak mempunyai sifat jujur
adalah orang yang nipis imannya. Ini disebabkan iman dan sifat jujur berjalan
seiring. Jika salah satu diabaikan, maka kedua-duanya akan hilang.
Daripada Abu
Hurairah Nabi SAW bersabda :
"Tunaikan
amanat kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu
mengkhianati orang yang mengkhianati orang." - Riwayat Abu Daud dan
al-Tirmizi.
Lantaran itu, sifat jujur perlu ada pada diri
setiap Muslim, melalui sifat ini ia akan menjadi perisai kepada orang beriman. Sifat
jujur perlu dididik dalam hati sejak seseorang itu masih kecil lagi. Didikan
dan bimbingan yang berterusan akan menjadikan seseorang itu sentiasa jujur dan
menuju kepada kesolehan.
Nabi
S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya
Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun
harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki
hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah
ialah yang paling bertakwa." - Rriwayat Ath-Thabrani dan Muslim.
Nice sharing..teruskan perkongsian berilmu..alhamdulillah. .
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
ReplyDeletesaya sudah follow anda #2
Jom follow blog klik profil
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya