Monday 8 September 2014

Kejujuran Itu Indah



Sifat jujur dapat difahami juga sebagai sifat ikhlas, suci hati dan tulus ikhlas dalam perbuatan dan percakapan. Selain itu, jujur juga adalah sifat lurus dan keikhlasan hati dalam semua percakapan, perbuatan dan aktiviti yang dilakukan. Pendek kata, sifat jujur datangnya daripada hati. Sukar sekali untuk mencari orang yang bersifat jujur pada masa kini. Walaupun ada, tetapi pengaruh wang dan kebendaan menjadikan manusia sudah mulai melupakan kejujuran. Jujur mempunyai pengertian yang besar dalam Islam. Ia adalah sebahagian daripada iman. Sebab itu, seorang yang tidak mempunyai sifat jujur adalah orang yang nipis imannya. Ini disebabkan iman dan sifat jujur berjalan seiring. Jika salah satu diabaikan, maka kedua-duanya akan hilang. 

Daripada Abu Hurairah Nabi SAW bersabda :

"Tunaikan amanat kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati orang." - Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi.

Lantaran itu, sifat jujur perlu ada pada diri setiap Muslim, melalui sifat ini ia akan menjadi perisai kepada orang beriman. Sifat jujur perlu dididik dalam hati sejak seseorang itu masih kecil lagi. Didikan dan bimbingan yang berterusan akan menjadikan seseorang itu sentiasa jujur dan menuju kepada kesolehan.

Nabi S.A.W bersabda :

                "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa." - Rriwayat Ath-Thabrani dan Muslim.